Monday, March 5, 2012

BINA TERBINA

Dalam kita BINA sebuah perhubungan, tanpa kita sedar banyak jurang yang TERBINA.

BINA TERBINA

Dalam kita BINA sebuah perhubungan, tanpa kita sedar banyak jurang yang TERBINA.

Sunday, February 5, 2012

SALAMESRABADIKHLASEPENUHATI

Malam melabuh tirai,
Tampak sinar mentari pagi,
Dari situ bermula babak baru,
Cerita tentang kau dan aku..

Pernah untuk bersama,
Tetapi ianya belum masa,
Pepatah pernah berbicara,
Kalau dah JODOH tidak akan kemana..

Bermula babak pertama,
Cerita engkau dan aku,
Penuhi citarasa, ubati luka dan lara.
Tidak lagi sebatang kara, malah selalu bersama.

Aku tidak punya apa-apa,
Cuma ada HATI dan JIWA,
Berharap kau akan terima,
Kekurangan dan kelemahan ini seadanya..

1 janjiku pada mu,
Biar apa pun yg berlaku,
Kau tetap akan tersemat dalam hatiku,
Mohon sama jua dengan mu.

Harap ini semua akan berakhir dengan bahagia,
Semoga masa itu kita akan sentiasa bersama,
Harungi setiap detik suka dan duka,
Aku SAYANG kamu, kini dan selamanya.

p/s : Sayang kamu selamanya.

Sunday, January 15, 2012

"Be nice to people on your way up because you meet them on your way down." #inspirasiadam
TERDESAK, buat manusia MENDESAK sesuatu keadaan DESAK rekaan cerita. #inspirasiadam
Setiap keburukkan yg menimpa kadangkala bkn ujian utk kita, tetapi mungkin kesilapan masa silam yg pernah kita lakukan. #inspirasiadam
Kebodohan terbukti bila akal tidak ditempatnya. #inspirasiadam
Emosi perlu ada dlm diri tapi jgn salah terjemahkan pada org. #inspirasiadam

Friday, January 6, 2012

#inspirasiadam

Jadikan SOALAN sebagai PANDUAN hidup, bukan KENYATAAN sebagai SESATAN. #inspirasiadam

Soalan atau Penyata?


Selamat pagi semua... Sudah lama tidak menconteng, hari ini tiba-tiba rasa nak menulis pula. Tadi sewaktu duduk lepak bersama Syazli, Talha, Helmy, Abe, Idzham, Syazwan dan Emma, kami ada bermain satu permainan. Dimana perlu untuk reka situasi dan setiap seorang perlu bertanya dalam situasi tersebut. Pada siapa yang tidak dapat bertanyakan soalan maka dikira kalah dan perlu reka situasi untuk permainan berikutnya.
Apa yang terjadi tadi ada diantara kami yang tidak tanyakan soalan tetapi memberikan kenyataan. Jadi secara amnya, memang ianya berlaku dalam kehidupan kita seharian. Kebanyakkan kita memang suka untuk memberi kenyataan daripada memberi soalan. Berkait dengan pepatah melayu ada mengatakan " Malu Bertanya Sesat Jalan". Kalau kita lihat, kebanyakkan orang yang berjaya adalah orang yang sering mengajukan soalan berbanding memberi kenyataan.
Jadi, untuk menjadi orang yang bijak... Seringlah bertanya dan jadikan pepatah melayu tadi sebagai inspirasi untuk terus dan terus ke hadapan.
Soalan yang kita tanya tidak kena sebarang bayaran, jawapannya pun tidak perlu dibayar. Malah kita sendiri yg akan dapat maklumat dan ilmu.

p/s : sebelum terlupa, nak tahu apa denda permainan yang kami main tadi? Siapa yang tidak dapat beri soalan, tangannya akan ditampar. Habis lebam tangan kami.. Hehehehe..

Sunday, January 1, 2012

Jadikan KELEMAHAN sebagai KEKUATAN pada diri kita sendiri. #inspirasiadam

Kenyataan

Manusia yg BIJAK bukan di nilai dari apa yang dia LAKUKAN tapi di nilai dari apa yang DIFIKIRKAN. #inspirasiadam