Friday, December 30, 2011

Nilai


Jadilah spt jarum JAM, biarpun di pintas jarum MINIT berkali2.. Kita tetap sebut masa berdasarkan JAM.. Biar kecil tetapi sgt berharga. #inspirasiadam

Thursday, December 29, 2011

Titisan Darah Pahlawan



Draman rantaian Titisan Darah Pahlawan yg bakal di tayangkan di RTM sempena bulan merdeka akan datang membariskan 13 orang pelakonyg memegang watak utama sebagai pegawai-pegawai POLIS yg pernah menerima pingat PGB sewaktu bertugas di zaman darurat. Saya telah diberikan kepercayaan utk memegang watak sebagai Inspektor SIA BOON CHEE. Alhamdulillah, ini merupakan drama pertama saya memegang watak sebagai HERO yg turut membariskan pelakon hebat tanahair seperti Faizal Hussien, Ako Mustapa, Yus Waizar dan ramai lagi. Watak ini sangat mencabar kerana ada babak yg saya perlu bertutur dalam bahasa MANDARIN. Drama ini menjalani penggambaran di sekitar Ulu Kinta yg turut dibantu oleh pasukan PGA.

Drama bersiri ini di arahkan oleh pengarah hebat Yusof Kelana atau lebih dikenali sebagai YK. Untuk pengetahuan semua, beliau adalah pengarah pertama yg memberi peluang pada saya sewaktu mula-mula bertapak dalam industri ini. Dalam drama bersiri Akademi Polis saya diberi peluang utk membawa watak CHENG iaitu pelatih di dalam Pusat Latihan Polis untuk musim 4 & 5 yg mana drama ini turut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Serena Ridwan, Lando Zawawi, Raja Azri dan ramai lagi.

Langit luas sgt indah, tp tidak ada apa utk dicapai.. Bumi penuh dgn kehidupan sukar, tetapi ada sesuatu utk kita disitu. #inspirasiadam

Kelapa


Resmi pohon KELAPA, biar sebatang tp tetap berdiri megah walau dilanda Tsunami. #inspirasiadam

Selalu minta BINTANG dtg dekat pada sy hingga sy lupakan BULAN.. Padahal sy hanya ciptaan ALLAH swt dimuka BUMI yg tidak mungkin dikunjungi BINTANG dan BULAN. Hanya mampu memandang dari jauh.

Wednesday, December 28, 2011

Realiti

Sewaktu permulaan, tiada yg yakin penerimaan.. Ragu-ragu terus BELENGGU, keyakinan bukan IMPIAN. Ketakutan menjadi igauan INSPIRASI. Tetapi setelah penat lelah peluh jantan mengalir... Tercipta FENOMENA yg realitinya kami tidak cari POPULARInya. Maksud tersirat dikenal pasti umum, pengajaran jadi telunjuk buat anak-anak. Tidak berhenti di situ.. Ada diantara kami yg terus-terusan mengejar bayang yg kononnya dikatakan tidak mampu dikejar tetapi kami mampu dan buktikan. Dari BUKAN siapa kepada siapa, dari BONEKA menjadi LIBURAN. Ada yg anak kapal menjadi KAPTEN. SIAPA kata SIAPA tidak jadi SIAPA?! SeSIAPA mampu SIAPA dgn dirinya.. Istilah TIDAK dibuang jauh agar TIDAK kembali dan TIDAK menoleh kepada TIDAK.
Selalu minta BINTANG dtg dekat pada sy hingga sy lupakan BULAN.. Padahal sy hanya ciptaan ALLAH swt dimuka BUMI yg tidak mungkin dikunjungi BINTANG dan BULAN. Hanya mampu memandang dari jauh. Itulah keindahan yg kita mampu pandang dan ucapkan syukur. Kita tidak perlu jadi sesiapa utk siapa-siapa yg mahukan siapa kita.. Biarlah mereka terima kita seadanya diri kita. Usah takut dgn badai kerna pohon kelapa sentiasa menembokkan diri walaupun cuma sebatang. Tidak perlu dahan utk berpaut... Tidak perlu akar yg byk. Ikut resmi POHON KELAPA, biar sebatang tp mampu utk berdiri megah melindungi yg lain dari badai.