Thursday, October 20, 2011

Nilapura



Nilapura, drama epik fantasi.. Kali ini sy memegang watak sebagai WARIS, iaitu PENJAGA putera raja RANGGA.
Membesar bersama RANGGA di dalam istana. Sejak kecil WARIS telah di tugaskan utk menjaga RANGGA, hingga
hubungan mereka seperti abang dan adik. WARIS banyak menbantu RANGGA sehinggakan nyawanya menjadi taruhan.
Jangan lupa saksikan NILAPURA dalam slot aksi, setiap Isnin 9 malam di TV3.


Masih ingat dgn JUVANA? Drama yg pernah mencetuskan fenomena di arahkan oleh Faizal Ishak. Dibarisi muka-muka
baru yg kini menghiasi industri seni tanahair. Watak antogonis BOTAK ( Johan Asari ) dan AYAM ( Adam Shah ) yg menjadi idola remaja-remaja nakal, tidak lupa dgn watak baik DAIM ( Zahiril Adzim ) dan APEK ( Syazwan Zulkifly )
merupakan watak "cute" yg berjaya membuatkan penonton benci dgn watak Botak dan Ayam.
Juvana telah tersenarai dalam pencalonan bagi drama rantaian terbaik untuk ASK2011. Ribuan terima kasih kepada
peminat juga pada mereka yg terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan drama ini.

Wednesday, October 19, 2011

Kali ini saya lebih ganas - Adam Shah

Populariti Adam Shah, 30 makin melonjak naik setelah diberikan kepercayaan memegang watak sebagai Ayam dalam drama terbitan Filmscape, Juvana yang ditayangkan di TV3, tahun ini.Nama Adam Shah atau gelaran Ayam menjadi sebutan orang ramai sehinggakan setiap dialog yang dituturkan dalam drama Juvana menjadi ikutan penonton. Dalam perkembangannya yang terbaru, Adam Shah diberi kepercayaan sekali lagi untuk memegang watak antagonis dalam dalam drama tv3 yang terbaru berjudul, Cinta Elysa.“Kali ini saya pegang watak yang lagi ganas daripada Ayam, serius bro. Dalam drama Cinta Elysa, saya diberi kepercayaan oleh pengarah untuk memegang watak sebagai Sani, iaitu kawan kepada Aril (Johan Asari) & Joey. Sani ialah budak jahat yang berasal daripada kampung. Disebabkan selalu timbulkan masalah, dia kena pulau satu kampung. Apabila berhijrah ke bandar, Sani makin ekstrem. Dia berkawan dengan ketua gangster & pengedar dadah.“Di akhir drama, Sani melakukan sesuatu yang dilihat sebagai ‘tikam belakang’ terhadap Aril & Joey. Malah, Elysa (Fasha Sandha) turut terkena dengan rancangan jahat Sani. Apa yang akan Sani lakukan terhadap Elysa, itu rahsia. Saya nak penonton teruja dengan babak lakonan Sani & Elysa dalam Cinta Elysa nanti,” kata Adam Shah yang ditemui di The Curve, Damansara, tengah hari tadi.Adam Shah turut berkongsi nama-nama pelakon wanita yang diidamkan andai kata diberi peluang untuk memegang watak sebagai mat jiwang.“Kalau diberikan watak jiwang, saya teringin sangat nak berlakon dengan Almy Nadia. Pada saya, dia amat menjiwai apa sahaja watak yang diberikan kepadanya. Beri watak komedi, menjadi komedinya. Beri watak cinta, memang terasa cintanya.“Selain itu, saya ingin berganding dengan Diana Danielle kerana dia bersikap matang walaupun masih berusia muda,” kata Adam Shah yang ingin memegang watak sebagai orang kurang upaya juga.Anda mungkin juga meminati:

Borak Lokasi: Elemen asmara hidupkan Nilapura



SESIAPA yang pernah sampai ke Kellie’s Castle yang terletak di tepi jalan lama Simpang Pulai menuju ke Batu Gajah, Perak pasti terpegun dengan keunikan bangunan ini.Bangunan tiga tingkat milik peladang getah terkemuka British, William Kellie Smith ini sememangnya menarik kerana dibina mengikut reka bentuk istana Moghul di bandar Agra, India. Bahkan tukang binaan bangunan ini dibawa khas dari Madras. Tidak hairanlah apabila Kellie’s Castle menjadi pilihan lokasi penggambaran drama bersiri 13 episod terbitan KL Motion Picture arahan Wan Hasliza, Nilapura. Ia berkonsep purba fantasi dan membariskan ramai pelakon popular. Wakil media yang dibawa khas ke lokasi oleh Unit Perhubungan Awam dan Acara, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, minggu lalu, menyaksikan sendiri kegigihan tenaga kerja drama ini yang bertungkus-lumus dari pagi hingga malam untuk menyiapkan drama yang akan disiarkan menerusi slot Aksi bermula 31 Oktober ini.Kata Wan Hasliza atau Liza, biarpun tidak pernah menghasilkan drama berkonsep purba, pengalaman menerbitkan drama genre epik sebelum ini banyak membantu.Memandangkan drama ini berkonsep ringan, dia menyelitkan elemen percintaan membabitkan dua jiwa dari dua negara yang terbabit dalam peperangan. “Saya cuba wujudkan cerita berkisarkan kurun ke-12 dan 13 menerusi kerajaan Melayu pertengahan yang dikenali sebagai Nilapura dan Bimasakti. Dua negara ini berperang dan menyaksikan Bimasakti tewas. “Dari peristiwa itu, Puteri Ratna Emas Lela (Jue Aziz) terpaksa berkorban berkahwin dengan Putera Rangga (Amar Asyraf) yang sebenarnya turut dipaksa berkahwin. “Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa Amar Asyraf dipilih sebagai hero sedangkan dia tak dikenali. Sebenarnya, saya buat ‘proposal’ pada TV3 dan tampilkan beberapa nama. “Mereka pilih Asyraf kerana ambil pendekatan seperti di Barat yang kerap perkenalkan muka baru. Bagaimanapun, ia diseimbangkan dengan penampilan Jue, Ryzal Jaafar, Hilal Azman dan ramai lagi,” katanya. Liza banyak membuat rujukan terhadap filem purba dari Thailand dan drama Barat seperti Camelot dan Merlin. Bagaimanapun, dia hanya mengambil inspirasi dan tidak meniru kandungannya. Perubahan dibuat dengan kostum yang berlainan dan menarik. “Kami lakukan mengikut bajet yang ada. Sementara bahasa yang diucapkan pelakon hanya bahasa Melayu biasa. Saya sengaja kasualkan dialog agar mereka berlakon dengan santai. “Tiada masalah besar sangat kerana kami buat latihan terlebih dulu sebelum penggambaran. Bagi saya, sebutan bahasa bukan masalah kerana yang penting ialah pengisian cerita. “Drama ini juga tak tampilkan unsur kesan khas berlebihan. Biarpun ada babak perang, saya tampilkannya dengan cara lain. Kebanyakan penggambaran dibuat di luar studio dan lokasi lain yang dipilih ialah Kota Kuala Muda, Kedah. Untuk masukkan imej janaan komputer (CGI) agak mustahil dalam sebuah drama kerana kosnya sangat tinggi,” katanya. Ternyata bukan mudah untuk mendapatkan imej sebenar seperti era lampau. Liza beruntung kerana dibantu tenaga kerja yang kreatif dalam bahagian rekaan. Namun proses penyediaan sesuatu set rekaan kadangkala memakan masa agak lama. Penyediaan kostum pula memainkan peranan penting dan dia gembira Nurhayati Abdul Shukour yang diberikan tanggungjawab melakukannya dengan baik. Kata Liza, kebanyakan kru drama ini sudah biasa bekerja dengannya yang diketuai Kamal Hazizi sebagai jurukamera. Dia menggunakan kamera definisi tinggi (HD) jenis Sony EX3 yang hasilnya boleh menyamai pembuatan filem. “Saya juga dapatkan mereka yang pandai dalam pencahayaan untuk dapatkan ‘mood’ setiap babak. Ia sangat memainkan peranan. Jika drama biasa perlukan hanya 45 tenaga kerja, untuk genre sebegini, saya perlu tambah bilangannya terutama dalam aspek solekan dan pakaian. “Kena ada dua pihak iaitu satu menyiapkan pelakon dan satu lagi menyiapkan set. Dua penolong pengarah diperlukan bagi memastikan kelancaran penggambaran,” katanya yang menampilkan konsep penceritaan mudah menerusi Nilapura. INFO: DRAMA: Nilapura TERBITAN: KL Motion Picture PENERBIT EKSEKUTIF: Syed Khairul Fariz Syed Khairuldin PENERBIT: Wan Hasliza Wan Zainuddin dan Jamaludin Karim PENOLONG PENERBIT: Aydell Adnan (Dell) PENGARAH & PENULIS SKRIP: Wan Hasliza Wan Zainuddin PENOLONG PENGARAH: Raihan Draman & Maizatul Ain Mohhai PENGURUS PRODUKSI: Khairul Anuar (Yong) PENOLONG PENGURUS: Nur Zaheedahenna �Abd Rahman & Tengku Zariman (Boy) PENGURUSAN PENTADBIRAN: Khadijah Sharin (Eija) JURUKAMERA: Kamal Hazizi Kamaruddin PEMBANTU JURUKAMERA: Saiful Buhary PENATA CAHAYA: Shah Aznan Zainon PENATA BUNYI: Hassyedi Add Halim JURUGEGAS: Mohd Husairi Samsudin (Kuchai) HANDYMAN: Hasnul Hisam PEMBANTU HANDYMAN: Syamsul Bhahari BOOM MAN: Shahrul Nizam (Belut) GAFFER & GRIP: Nazaruddin Zainum OPERATOR GENSET: Roy Hasmawi Shamsuri PENGARAH SENI: Raihan Draman PENASIHAT SENI: Roy Hasmawi Shamsuri MASTER PROP: Syahril Hassani Hashim PEMBANTU PENGARAH SENI: Mohd Rashdan Rashadi, Mohd Saifully (Olie) dan Ayie Kerambit PEMBANTU PENGARAH SENI 2: Badrul Zaman Deraman & Mohd Firdaus (Map) TATARIAS: Mohd Yahayanan Moh Yahya PEMBANTU TATARIAS: Firz Razalie PAKAIAN: Norzama Akhir Nogd Yusoff (Alang) PEMBANTU PAKAIAN: Lily PEREKA KOSTUM: Nurhayati Abdul Shukour PEMBANTU PEREKA KOSTUM: Mohd Zaini Borham LAGU TEMA: Kye & Cici PENYANYI: Farah Asyikin MUZIK: Amanda PENYUNTING: AM PENASIHAT AGAMA: Ustaz Nazri Md Isa PELAKON: Amar Asyraff, Jue Aziz, Ryzal Jaafar, Ramly Hassan, Razib Salimin, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Memey Suhaiza, Hilal Azman, Aidil Aziz, Hafiz Anak Wayang, Samsul Zuraimi, Adam Shah, Ramona Zamzam, Dira Abu Zahar