Wednesday, October 19, 2011
Borak Lokasi: Elemen asmara hidupkan Nilapura
SESIAPA yang pernah sampai ke Kellie’s Castle yang terletak di tepi jalan lama Simpang Pulai menuju ke Batu Gajah, Perak pasti terpegun dengan keunikan bangunan ini.Bangunan tiga tingkat milik peladang getah terkemuka British, William Kellie Smith ini sememangnya menarik kerana dibina mengikut reka bentuk istana Moghul di bandar Agra, India. Bahkan tukang binaan bangunan ini dibawa khas dari Madras. Tidak hairanlah apabila Kellie’s Castle menjadi pilihan lokasi penggambaran drama bersiri 13 episod terbitan KL Motion Picture arahan Wan Hasliza, Nilapura. Ia berkonsep purba fantasi dan membariskan ramai pelakon popular. Wakil media yang dibawa khas ke lokasi oleh Unit Perhubungan Awam dan Acara, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, minggu lalu, menyaksikan sendiri kegigihan tenaga kerja drama ini yang bertungkus-lumus dari pagi hingga malam untuk menyiapkan drama yang akan disiarkan menerusi slot Aksi bermula 31 Oktober ini.Kata Wan Hasliza atau Liza, biarpun tidak pernah menghasilkan drama berkonsep purba, pengalaman menerbitkan drama genre epik sebelum ini banyak membantu.Memandangkan drama ini berkonsep ringan, dia menyelitkan elemen percintaan membabitkan dua jiwa dari dua negara yang terbabit dalam peperangan. “Saya cuba wujudkan cerita berkisarkan kurun ke-12 dan 13 menerusi kerajaan Melayu pertengahan yang dikenali sebagai Nilapura dan Bimasakti. Dua negara ini berperang dan menyaksikan Bimasakti tewas. “Dari peristiwa itu, Puteri Ratna Emas Lela (Jue Aziz) terpaksa berkorban berkahwin dengan Putera Rangga (Amar Asyraf) yang sebenarnya turut dipaksa berkahwin. “Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa Amar Asyraf dipilih sebagai hero sedangkan dia tak dikenali. Sebenarnya, saya buat ‘proposal’ pada TV3 dan tampilkan beberapa nama. “Mereka pilih Asyraf kerana ambil pendekatan seperti di Barat yang kerap perkenalkan muka baru. Bagaimanapun, ia diseimbangkan dengan penampilan Jue, Ryzal Jaafar, Hilal Azman dan ramai lagi,” katanya. Liza banyak membuat rujukan terhadap filem purba dari Thailand dan drama Barat seperti Camelot dan Merlin. Bagaimanapun, dia hanya mengambil inspirasi dan tidak meniru kandungannya. Perubahan dibuat dengan kostum yang berlainan dan menarik. “Kami lakukan mengikut bajet yang ada. Sementara bahasa yang diucapkan pelakon hanya bahasa Melayu biasa. Saya sengaja kasualkan dialog agar mereka berlakon dengan santai. “Tiada masalah besar sangat kerana kami buat latihan terlebih dulu sebelum penggambaran. Bagi saya, sebutan bahasa bukan masalah kerana yang penting ialah pengisian cerita. “Drama ini juga tak tampilkan unsur kesan khas berlebihan. Biarpun ada babak perang, saya tampilkannya dengan cara lain. Kebanyakan penggambaran dibuat di luar studio dan lokasi lain yang dipilih ialah Kota Kuala Muda, Kedah. Untuk masukkan imej janaan komputer (CGI) agak mustahil dalam sebuah drama kerana kosnya sangat tinggi,” katanya. Ternyata bukan mudah untuk mendapatkan imej sebenar seperti era lampau. Liza beruntung kerana dibantu tenaga kerja yang kreatif dalam bahagian rekaan. Namun proses penyediaan sesuatu set rekaan kadangkala memakan masa agak lama. Penyediaan kostum pula memainkan peranan penting dan dia gembira Nurhayati Abdul Shukour yang diberikan tanggungjawab melakukannya dengan baik. Kata Liza, kebanyakan kru drama ini sudah biasa bekerja dengannya yang diketuai Kamal Hazizi sebagai jurukamera. Dia menggunakan kamera definisi tinggi (HD) jenis Sony EX3 yang hasilnya boleh menyamai pembuatan filem. “Saya juga dapatkan mereka yang pandai dalam pencahayaan untuk dapatkan ‘mood’ setiap babak. Ia sangat memainkan peranan. Jika drama biasa perlukan hanya 45 tenaga kerja, untuk genre sebegini, saya perlu tambah bilangannya terutama dalam aspek solekan dan pakaian. “Kena ada dua pihak iaitu satu menyiapkan pelakon dan satu lagi menyiapkan set. Dua penolong pengarah diperlukan bagi memastikan kelancaran penggambaran,” katanya yang menampilkan konsep penceritaan mudah menerusi Nilapura. INFO: DRAMA: Nilapura TERBITAN: KL Motion Picture PENERBIT EKSEKUTIF: Syed Khairul Fariz Syed Khairuldin PENERBIT: Wan Hasliza Wan Zainuddin dan Jamaludin Karim PENOLONG PENERBIT: Aydell Adnan (Dell) PENGARAH & PENULIS SKRIP: Wan Hasliza Wan Zainuddin PENOLONG PENGARAH: Raihan Draman & Maizatul Ain Mohhai PENGURUS PRODUKSI: Khairul Anuar (Yong) PENOLONG PENGURUS: Nur Zaheedahenna �Abd Rahman & Tengku Zariman (Boy) PENGURUSAN PENTADBIRAN: Khadijah Sharin (Eija) JURUKAMERA: Kamal Hazizi Kamaruddin PEMBANTU JURUKAMERA: Saiful Buhary PENATA CAHAYA: Shah Aznan Zainon PENATA BUNYI: Hassyedi Add Halim JURUGEGAS: Mohd Husairi Samsudin (Kuchai) HANDYMAN: Hasnul Hisam PEMBANTU HANDYMAN: Syamsul Bhahari BOOM MAN: Shahrul Nizam (Belut) GAFFER & GRIP: Nazaruddin Zainum OPERATOR GENSET: Roy Hasmawi Shamsuri PENGARAH SENI: Raihan Draman PENASIHAT SENI: Roy Hasmawi Shamsuri MASTER PROP: Syahril Hassani Hashim PEMBANTU PENGARAH SENI: Mohd Rashdan Rashadi, Mohd Saifully (Olie) dan Ayie Kerambit PEMBANTU PENGARAH SENI 2: Badrul Zaman Deraman & Mohd Firdaus (Map) TATARIAS: Mohd Yahayanan Moh Yahya PEMBANTU TATARIAS: Firz Razalie PAKAIAN: Norzama Akhir Nogd Yusoff (Alang) PEMBANTU PAKAIAN: Lily PEREKA KOSTUM: Nurhayati Abdul Shukour PEMBANTU PEREKA KOSTUM: Mohd Zaini Borham LAGU TEMA: Kye & Cici PENYANYI: Farah Asyikin MUZIK: Amanda PENYUNTING: AM PENASIHAT AGAMA: Ustaz Nazri Md Isa PELAKON: Amar Asyraff, Jue Aziz, Ryzal Jaafar, Ramly Hassan, Razib Salimin, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Memey Suhaiza, Hilal Azman, Aidil Aziz, Hafiz Anak Wayang, Samsul Zuraimi, Adam Shah, Ramona Zamzam, Dira Abu Zahar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment