Tuesday, August 3, 2010

SEDETIK SEBELUM AJAL

Angin bertiup sempoi-sempoi bahasa mengusap belulangku. Langit kelihatan mendung kerana hendak menitiskan air-air matanya. Mungkin kerana sedih melihat dengan kealpaan manusia di bumi ini kepada Tuhan. Air yang dititiskan oleh langit ini membawa seribu satu rahmat kepada alam dan kadangkala juga membawa seribu satu bala kepada umat manusia yang lalai.
Aku dan Irda mempercepatkan langkah kami ke perhentian bas, takut kalau-kalau basah kuyup nanti kami ditimpa hujan. Tiada siapa yang berteduh di bawah pondok bas itu melainkan kami berdua. Aku melabuhkan punggung di atas bangku panjang, sementara Irda sibuk meletakkan beg galasnya di sisiku. Penat sekali. Hampir setengah hari kami berada di sekolah. Pada mulanya, aku teragak-agak menerima tawaran Irda dan Huda untuk menyertai kumpulan belajar mereka. Namun, setelah difikirkan beberapa kali, aku akhirnya menerima pelawaan mereka dengan hati yang lapang. Tambahan pula, peperiksaan besar dalam hidupku bakal menjelang.
“Dah pukul 3.00 petang, mungkin bas akan sampai dalam lingkungan 30 minit lagi. Aku lapar sangat ni!”, gerutu Irda. “Silap-silap, aku makan kerikil tepi jalan tu nanti”, sambungnya lagi. Aku tersenyum. “Aku dah ajak kau makan di kantin tadi, kau tak nak”, balas ku.
“kau lain Nihaz. Makan KFC hari-hari pun tak apa. Aku???”, Irda tersenyum sinis.
“kan aku kata nak belanja kau. Tapi kau kata tak payah, jadi aku pun..”, Irda merenung bebola mataku. Tajam!. “Apa?”, ujurku. Irda masih merenungku.
“jangan nak berlakon macam tu lah”, sambungku lagi.
“macam apa?” balas Irda.
“ Macam aku sakitkan hati kau”, balasku lagi.
“ Kau tulah, bila masa aku kata tak payah belanja aku? Nihaz, kau tak baik tau”, Irda menarik muka masam sambil menjelingku.
“ Alahai, takkanlah merajuk kawan kita seorang ni. Janganlah marah. Oklah esok aku belanja kau makan kat kantin”, aku cuba memujuk Irda.
Tidak lama selepas itu, hujan turun dengan lebatnya. Aku dan Irda mula kesejukan. Aku segera menyelongkar beg sekolahku, kerana aku ada bawa sehelai baju sejuk.
“ Irda, pakailah baju sejuk ni. Kasihan aku tengok kau”, aku menghulurkan baju sejukku kepada Irda. Dia kelihatan memeluk tubuhnya dengan erat kerana terlalu sejuk.
“ Tak payah. Kaukan ada resdung. Kau pakailah baju sejuk ni. Kasihan aku tengok kau”, Irda menolak pemberianku. Lantas dia mencapai beg sekolahnya lalu memeluk beg itu. Mahu tidak mahu, aku segera menyarungkan baju tersebut.
Sedikit tempias hujan mengenai tubuhku dan Irda. Bumbung pondok ini sedikit bocor. Hujan turun semakin lebat. Awan yang bercas-cas negative mula bertindak balas dengan cas-cas positif. Keadaan ini, akan menghasilkan kilat dan bunyi guruh yang kuat. Teringat aku akan sepotong ayat al-Quran daripada a-Ra’du yang bermaksud, ‘dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah (demikain pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya keatas sesiapa yang dikehendaki-Nya, sementara mereka bernatah-bantah dengan Allah dan Dialah Tuhan yang Maha keras siksa-Nya’.
Lima belas minit sudah berlalu, hujan pun semakin reda. Hawa berubah menjadi nyaman dan segar. Jalan raya yang tadinya lengang juga kembali sibuk dengan pelbagai kenderaan. Ada yang memandu kereta dan ada yang menunggang motosikal. Tidak kurang juga yang menaiki basikal dan berjalan kaki.
Pandanganku beralih seketika ke arah beberapa orang pelajar perempuan yang sebaya denganku disebuah warung yang terletak di seberang jalan sana. Sudah beberapa kali aku melihat mereka melepak di situ dan bergaul dengan budak-budak lelaki yang nakal di kawasan itu. Paling tidak, bergayut di pondok-pondok telefon selepas waktu sekolah. Cikgu Don, guru displin sekolahku pun sudah lali dengan perangai buruk mereka. Malah pernah digantung sekolah. Nasib mereka baik kerana tidak dibuang sekolah, itupun disebabkan rayuan beberapa kali oleh ibubapa mereka kepada pihak sekolah. Oleh kerana pihak sekolah kasihankan ibubapa mereka, maka mereka diterima balik untuk belajar di sekolah. Bak kata pepatah ‘ madu yang dicurah, racun yang diluah’. Walau apapun, aku sentiasa mendoakan supaya mereka kembali ke pangkal jalan. Aku juga pernah menjadi seperti mereka suatu ketika dulu. Namun, atas doa ibuku yang tidak pernah jemu, akhirnya Tuhan membuka pintu hatiku untuk keluar dari kepompong dosa! Subhanallah.
“ Tidak lama lagi sampailah bas tu”, kata Irda setelah mengerling jam tangannya. Aku tersenyum melihat gelagat Irda yang bagai cacing kepanasan. Dia memang seorang sahabat yang menghiburkan. Irda tidak pernah memperdulikan kisah silamku.
“sahabat yang baik adalah kurniaan Allah. Dialah yang menjadi teman kita sewaktu susah dan senang!”, masih terngiang-ngiang di telingaku kata-kata Irda suatu masa dahulu. Seperti juga dalam pepatah Inggerish ‘ A friend inneed is a friend indeed’.
Irda tiba-tiba bangun dari tempat duduknya. “ Nihaz, bas dah sampailah. Cepat!”, kata Irda dengan suara yang agak nyaring. Aku sibuk menggalas beg di belakangku sambil mencapai buku-buku yang terletak disisiku.
“ Nihaz, cepat sikit! Kenderaan tak ada ni. Lintaslah sekarang”, teriak Irda lalu segera melintas jalan raya itu. Aku mengekori Irda dari belakang, sementara dia sudah berada di seberang jalan.
Buk! Tiba-tiba salah satu daripada buku yang aku pegang terjatuh di tengah-tengah jalan raya itu. Belum sempat aku mengutipnya, terdengar teriakan Irda dari dalam bas yang memanggil-manggil namaku.
“ Nihaz! Nihaz! Nihaz! Cepat! Ada trailer sedang memecut lajuuu!!”, teriak Irda kepadaku.
Dadaku berombak. Batang tubuh Malaikat maut seakan terbang menghampiriku. Aku menoleh kebelakang dan kalimah terakhir yang bergetar di peti suaraku adalah “AsyhaduanlailaahaillaAllah.. WaasyhaduannaMuhammadarrasulullah..”
CINTA ialah membiarkan orang-orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri.
Tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan.
Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temui dalam diri dia.

Orang-orang yang paling bahagia tidak selalu memiliki hal-hal yang terbaik.
Mereka hanya berusaha menjadi yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat.
Sehingga kita tau cara bersyukur atas kurnia tersebut.

Hanya diperlukan waktu semenit untuk mengenal seseorang, sejam untuk menyukai seseorang...
Tetapi kita memerlukan waktu seumur hidup untuk melupakan orang tersebut.

Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba.
Kerana itulah pentingnya menghargai orang yang pernah hadir dalam hidup kita.

Cinta dimulai dari sebuah senyuman, bertambah dengan sebuah senyuman dan berakhir dengan titisan air mata.

Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun masih disakiti hatinya.

Sungguh menyakitkan mencintai orang yang tidak pernah mencintaimu.
Tetapi yang lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.

Saat kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu hingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis.

Kenapa kita menutup mata ketika kita tertidur?
Mengapa kita menangis ketika kita membayangkan?
Ini karena hal terindah dalam hidup ini tidak terlihat..!

Kita semua aneh dan hidup ini memang aneh.
Dan kita bertemu dgn seseorang yang keunikannya sejalan dengan kita, kita bergabung dengannya dan jatuh dalam keanehan yang serupa yang dinamakan Cinta..

Ada hal yang tidak ingin kita lepaskan, orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan.

Tapi ingatlah! Bahawa melepaskan bukan akhir dari dunia, tapi merupakan awal dari suatu kehidupan.

Cinta yang agung adalah ketika kamu menitiskan air mata dan kamu masih peduli terhadapnya.
Ketika dia tidak memperdulikanmu dan kamu masih menunggunya dengan setia.
Ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum dan berkata “aku turut berbahagia”.

Apabila cinta tidak berhasil membebaskan dirimu...
Biarkan dirimu kembali melebarkan sayap dan terbang ke alam bebas lagi.
Ingatlah bahwa kamu mungkin menemui cinta dan kehilangannya.

Tapi jika cinta itu mati, yakinlah kamu tidak perlu mati bersamanya.

Dalam urusan cinta kita jarang menang.
Tetapi jika cinta itu tulus, meskipun kamu kalah, kamu tetap menang, hanya dengan kamu berbahagia dapat mencintai seseorang lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri.

Orang terkuat bukanlah mereka yang selalu menang.
Melainkan mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh.

Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu, yang ada hanyalah penghargaan abadi atas pilihan-pilihan yang telah kamu buat.

Mencintai bukanlah bagaimana kamu melupakan, tetapi bagaimana kamu memaafkan.
Mencintai bukanlah bagaimana mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti.
Mencintai bukanlah bagaimana kamu melepaskan, tetapi bagaimana kamu mempertahankan.

Kerana mempertahankan jauh lebih bererti daripada meraih.
Dan tentu saja jauh lebih sulit.

Lebih berbahaya mencucurkan air mata di dalam hati dibandingkan menangis tersedu-sedu.
Air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak pernah hilang.

Kadang kala orang yang kamu cintai adalah orang yang paling menyakiti hatimu.
Dan kadang kala orang yang membawamu kepelukan dan menangis bersamanya adalah cinta yang tidak kamu sedari.

Lebih baik menunggu orang yang tepat kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibuang hanya dengan seseorang.

Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang, bukan karena orang itu berhenti mencintaimu, melainkan kamu menyedari bahwa dia akan lebih bahagia bila kita melepaskannya..

Apabila kamu benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia.

Jangan percaya bahwa melepaskan bererti kamu benar-benar mencintainya.
Melainkan berjuanglah demi CintaMu..

Itulah Cinta Sejati..