Tuesday, August 3, 2010

SEDETIK SEBELUM AJAL

Angin bertiup sempoi-sempoi bahasa mengusap belulangku. Langit kelihatan mendung kerana hendak menitiskan air-air matanya. Mungkin kerana sedih melihat dengan kealpaan manusia di bumi ini kepada Tuhan. Air yang dititiskan oleh langit ini membawa seribu satu rahmat kepada alam dan kadangkala juga membawa seribu satu bala kepada umat manusia yang lalai.
Aku dan Irda mempercepatkan langkah kami ke perhentian bas, takut kalau-kalau basah kuyup nanti kami ditimpa hujan. Tiada siapa yang berteduh di bawah pondok bas itu melainkan kami berdua. Aku melabuhkan punggung di atas bangku panjang, sementara Irda sibuk meletakkan beg galasnya di sisiku. Penat sekali. Hampir setengah hari kami berada di sekolah. Pada mulanya, aku teragak-agak menerima tawaran Irda dan Huda untuk menyertai kumpulan belajar mereka. Namun, setelah difikirkan beberapa kali, aku akhirnya menerima pelawaan mereka dengan hati yang lapang. Tambahan pula, peperiksaan besar dalam hidupku bakal menjelang.
“Dah pukul 3.00 petang, mungkin bas akan sampai dalam lingkungan 30 minit lagi. Aku lapar sangat ni!”, gerutu Irda. “Silap-silap, aku makan kerikil tepi jalan tu nanti”, sambungnya lagi. Aku tersenyum. “Aku dah ajak kau makan di kantin tadi, kau tak nak”, balas ku.
“kau lain Nihaz. Makan KFC hari-hari pun tak apa. Aku???”, Irda tersenyum sinis.
“kan aku kata nak belanja kau. Tapi kau kata tak payah, jadi aku pun..”, Irda merenung bebola mataku. Tajam!. “Apa?”, ujurku. Irda masih merenungku.
“jangan nak berlakon macam tu lah”, sambungku lagi.
“macam apa?” balas Irda.
“ Macam aku sakitkan hati kau”, balasku lagi.
“ Kau tulah, bila masa aku kata tak payah belanja aku? Nihaz, kau tak baik tau”, Irda menarik muka masam sambil menjelingku.
“ Alahai, takkanlah merajuk kawan kita seorang ni. Janganlah marah. Oklah esok aku belanja kau makan kat kantin”, aku cuba memujuk Irda.
Tidak lama selepas itu, hujan turun dengan lebatnya. Aku dan Irda mula kesejukan. Aku segera menyelongkar beg sekolahku, kerana aku ada bawa sehelai baju sejuk.
“ Irda, pakailah baju sejuk ni. Kasihan aku tengok kau”, aku menghulurkan baju sejukku kepada Irda. Dia kelihatan memeluk tubuhnya dengan erat kerana terlalu sejuk.
“ Tak payah. Kaukan ada resdung. Kau pakailah baju sejuk ni. Kasihan aku tengok kau”, Irda menolak pemberianku. Lantas dia mencapai beg sekolahnya lalu memeluk beg itu. Mahu tidak mahu, aku segera menyarungkan baju tersebut.
Sedikit tempias hujan mengenai tubuhku dan Irda. Bumbung pondok ini sedikit bocor. Hujan turun semakin lebat. Awan yang bercas-cas negative mula bertindak balas dengan cas-cas positif. Keadaan ini, akan menghasilkan kilat dan bunyi guruh yang kuat. Teringat aku akan sepotong ayat al-Quran daripada a-Ra’du yang bermaksud, ‘dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah (demikain pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya keatas sesiapa yang dikehendaki-Nya, sementara mereka bernatah-bantah dengan Allah dan Dialah Tuhan yang Maha keras siksa-Nya’.
Lima belas minit sudah berlalu, hujan pun semakin reda. Hawa berubah menjadi nyaman dan segar. Jalan raya yang tadinya lengang juga kembali sibuk dengan pelbagai kenderaan. Ada yang memandu kereta dan ada yang menunggang motosikal. Tidak kurang juga yang menaiki basikal dan berjalan kaki.
Pandanganku beralih seketika ke arah beberapa orang pelajar perempuan yang sebaya denganku disebuah warung yang terletak di seberang jalan sana. Sudah beberapa kali aku melihat mereka melepak di situ dan bergaul dengan budak-budak lelaki yang nakal di kawasan itu. Paling tidak, bergayut di pondok-pondok telefon selepas waktu sekolah. Cikgu Don, guru displin sekolahku pun sudah lali dengan perangai buruk mereka. Malah pernah digantung sekolah. Nasib mereka baik kerana tidak dibuang sekolah, itupun disebabkan rayuan beberapa kali oleh ibubapa mereka kepada pihak sekolah. Oleh kerana pihak sekolah kasihankan ibubapa mereka, maka mereka diterima balik untuk belajar di sekolah. Bak kata pepatah ‘ madu yang dicurah, racun yang diluah’. Walau apapun, aku sentiasa mendoakan supaya mereka kembali ke pangkal jalan. Aku juga pernah menjadi seperti mereka suatu ketika dulu. Namun, atas doa ibuku yang tidak pernah jemu, akhirnya Tuhan membuka pintu hatiku untuk keluar dari kepompong dosa! Subhanallah.
“ Tidak lama lagi sampailah bas tu”, kata Irda setelah mengerling jam tangannya. Aku tersenyum melihat gelagat Irda yang bagai cacing kepanasan. Dia memang seorang sahabat yang menghiburkan. Irda tidak pernah memperdulikan kisah silamku.
“sahabat yang baik adalah kurniaan Allah. Dialah yang menjadi teman kita sewaktu susah dan senang!”, masih terngiang-ngiang di telingaku kata-kata Irda suatu masa dahulu. Seperti juga dalam pepatah Inggerish ‘ A friend inneed is a friend indeed’.
Irda tiba-tiba bangun dari tempat duduknya. “ Nihaz, bas dah sampailah. Cepat!”, kata Irda dengan suara yang agak nyaring. Aku sibuk menggalas beg di belakangku sambil mencapai buku-buku yang terletak disisiku.
“ Nihaz, cepat sikit! Kenderaan tak ada ni. Lintaslah sekarang”, teriak Irda lalu segera melintas jalan raya itu. Aku mengekori Irda dari belakang, sementara dia sudah berada di seberang jalan.
Buk! Tiba-tiba salah satu daripada buku yang aku pegang terjatuh di tengah-tengah jalan raya itu. Belum sempat aku mengutipnya, terdengar teriakan Irda dari dalam bas yang memanggil-manggil namaku.
“ Nihaz! Nihaz! Nihaz! Cepat! Ada trailer sedang memecut lajuuu!!”, teriak Irda kepadaku.
Dadaku berombak. Batang tubuh Malaikat maut seakan terbang menghampiriku. Aku menoleh kebelakang dan kalimah terakhir yang bergetar di peti suaraku adalah “AsyhaduanlailaahaillaAllah.. WaasyhaduannaMuhammadarrasulullah..”

8 comments:

  1. Kehidupan di dunia hanya sementara... kesedihan hanya seketika.. walaupun perit, kesedihan tetap dirasai.. Tq for this story..

    ReplyDelete
  2. great post ! great story !
    good job ! =)

    ReplyDelete