Wednesday, October 19, 2011

Kali ini saya lebih ganas - Adam Shah

Populariti Adam Shah, 30 makin melonjak naik setelah diberikan kepercayaan memegang watak sebagai Ayam dalam drama terbitan Filmscape, Juvana yang ditayangkan di TV3, tahun ini.Nama Adam Shah atau gelaran Ayam menjadi sebutan orang ramai sehinggakan setiap dialog yang dituturkan dalam drama Juvana menjadi ikutan penonton. Dalam perkembangannya yang terbaru, Adam Shah diberi kepercayaan sekali lagi untuk memegang watak antagonis dalam dalam drama tv3 yang terbaru berjudul, Cinta Elysa.“Kali ini saya pegang watak yang lagi ganas daripada Ayam, serius bro. Dalam drama Cinta Elysa, saya diberi kepercayaan oleh pengarah untuk memegang watak sebagai Sani, iaitu kawan kepada Aril (Johan Asari) & Joey. Sani ialah budak jahat yang berasal daripada kampung. Disebabkan selalu timbulkan masalah, dia kena pulau satu kampung. Apabila berhijrah ke bandar, Sani makin ekstrem. Dia berkawan dengan ketua gangster & pengedar dadah.“Di akhir drama, Sani melakukan sesuatu yang dilihat sebagai ‘tikam belakang’ terhadap Aril & Joey. Malah, Elysa (Fasha Sandha) turut terkena dengan rancangan jahat Sani. Apa yang akan Sani lakukan terhadap Elysa, itu rahsia. Saya nak penonton teruja dengan babak lakonan Sani & Elysa dalam Cinta Elysa nanti,” kata Adam Shah yang ditemui di The Curve, Damansara, tengah hari tadi.Adam Shah turut berkongsi nama-nama pelakon wanita yang diidamkan andai kata diberi peluang untuk memegang watak sebagai mat jiwang.“Kalau diberikan watak jiwang, saya teringin sangat nak berlakon dengan Almy Nadia. Pada saya, dia amat menjiwai apa sahaja watak yang diberikan kepadanya. Beri watak komedi, menjadi komedinya. Beri watak cinta, memang terasa cintanya.“Selain itu, saya ingin berganding dengan Diana Danielle kerana dia bersikap matang walaupun masih berusia muda,” kata Adam Shah yang ingin memegang watak sebagai orang kurang upaya juga.Anda mungkin juga meminati:

5 comments:

  1. alaaah,.. ada babak ganas2 ke,.. nie yg x best niee,.. tp tetap nak tgk sampai habis #cinta elysa

    ReplyDelete
  2. hah...watak ganas ke dalam cinta elysa tu? Looor...ingatkan setakat kwn aril je..

    yang part almy nadia tu setuju sgt..kalau watak komedi mmg lawak . tak sangka . haha

    ReplyDelete
  3. Tggu pluang utk digandingkan bsama dgn almy

    ReplyDelete
  4. dlm cinta elysa, last2 tikam belakag aril? ee x best nyee..! x pe, nntikan..huhu
    almy nadia, cm best je klo korang blakon sma . mesti sweet ! harap2 ade la nnti.hehe

    ReplyDelete