Thursday, December 29, 2011

Titisan Darah Pahlawan



Draman rantaian Titisan Darah Pahlawan yg bakal di tayangkan di RTM sempena bulan merdeka akan datang membariskan 13 orang pelakonyg memegang watak utama sebagai pegawai-pegawai POLIS yg pernah menerima pingat PGB sewaktu bertugas di zaman darurat. Saya telah diberikan kepercayaan utk memegang watak sebagai Inspektor SIA BOON CHEE. Alhamdulillah, ini merupakan drama pertama saya memegang watak sebagai HERO yg turut membariskan pelakon hebat tanahair seperti Faizal Hussien, Ako Mustapa, Yus Waizar dan ramai lagi. Watak ini sangat mencabar kerana ada babak yg saya perlu bertutur dalam bahasa MANDARIN. Drama ini menjalani penggambaran di sekitar Ulu Kinta yg turut dibantu oleh pasukan PGA.

Drama bersiri ini di arahkan oleh pengarah hebat Yusof Kelana atau lebih dikenali sebagai YK. Untuk pengetahuan semua, beliau adalah pengarah pertama yg memberi peluang pada saya sewaktu mula-mula bertapak dalam industri ini. Dalam drama bersiri Akademi Polis saya diberi peluang utk membawa watak CHENG iaitu pelatih di dalam Pusat Latihan Polis untuk musim 4 & 5 yg mana drama ini turut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Serena Ridwan, Lando Zawawi, Raja Azri dan ramai lagi.

2 comments:

  1. ok. akan tunggu kemunculan drama ni ...
    :)

    ReplyDelete
  2. AKU ANTARA PELAKON TAMBAHAN...SUPPORT FILEM MALAYSIA

    ReplyDelete