Friday, January 6, 2012

Soalan atau Penyata?


Selamat pagi semua... Sudah lama tidak menconteng, hari ini tiba-tiba rasa nak menulis pula. Tadi sewaktu duduk lepak bersama Syazli, Talha, Helmy, Abe, Idzham, Syazwan dan Emma, kami ada bermain satu permainan. Dimana perlu untuk reka situasi dan setiap seorang perlu bertanya dalam situasi tersebut. Pada siapa yang tidak dapat bertanyakan soalan maka dikira kalah dan perlu reka situasi untuk permainan berikutnya.
Apa yang terjadi tadi ada diantara kami yang tidak tanyakan soalan tetapi memberikan kenyataan. Jadi secara amnya, memang ianya berlaku dalam kehidupan kita seharian. Kebanyakkan kita memang suka untuk memberi kenyataan daripada memberi soalan. Berkait dengan pepatah melayu ada mengatakan " Malu Bertanya Sesat Jalan". Kalau kita lihat, kebanyakkan orang yang berjaya adalah orang yang sering mengajukan soalan berbanding memberi kenyataan.
Jadi, untuk menjadi orang yang bijak... Seringlah bertanya dan jadikan pepatah melayu tadi sebagai inspirasi untuk terus dan terus ke hadapan.
Soalan yang kita tanya tidak kena sebarang bayaran, jawapannya pun tidak perlu dibayar. Malah kita sendiri yg akan dapat maklumat dan ilmu.

p/s : sebelum terlupa, nak tahu apa denda permainan yang kami main tadi? Siapa yang tidak dapat beri soalan, tangannya akan ditampar. Habis lebam tangan kami.. Hehehehe..

1 comment:

  1. hahaha mcm best je. msti trgelak2 ek main game ni. nak try la :)

    ReplyDelete